Tuesday 30 October 2012

Bandar raya Sarikei

                                   

Sarikei merupakan salah satu daripada sebelas bahagian di Sarawak (dahulu dikenali sebagai Bahagian Keenam). Di bawah pentadbiran bahagian Sarikei terdapat empat buah daerah kecil iaitu bandar Sarikei, Maradong, Julau dan Pakan.


Bandar Sarikei terletak di tepi sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sarikei didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melanau dan Melayu.
Pekan-pekan kecil di dalam daerah Sarikei termasuklah Pakan, Bintangor, Jaka, Belawai dan Tanjung Manis. Kedudukan bandar Sarikei di tengah-tengah menjadikannya bandar persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu yang dihubungi melalui jalan raya ataupun melalui pengangkutan sungai dengan menaiki bot ekspres. Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas awam dari Kuching ke Sarikei dan seterusnya ke Sibu.


Sarikei amat sinonim dengan produk tanaman buah nenas Sarikei. Selain daripada itu, Sarikei juga terkenal dengan hasil buah dabai dan buah durian. Bandar ini menjadi pusat pemasaran sesar unjur, sejenis makanan popular di kalangan kaum Melanau.

Pekan Bau




Sejak tahun 1850an Daerah Bau memang terkenal dengan emas. Pencari emas pada ketika itu terdiri daripada orang Cina dari Sambas, Indonesia dan dibantu oleh orang tempatan dengan menggunakan dulang.
Sejarah terlakar sekitar tahun 1815 apabila penduduk Cina dari Daerah Bau menyerang Bandar Kuching bagi menghalau Rajah Brooke kerana mereka khuatir lombong emas akan diambil alih oleh pemerintah Inggeris. Walaupun berjaya menghalau pemerintah Inggeris namun tiga hari kemudian Rajah Brooke bersama askarnya kembali dan mengalahkan penyerang berkenaan. Pada tahun 1899 Borneo Company milik kerajaan Brooke mula membuka lombong emas yang dikenali sebagai Tai Parit Gold Mine dan Bidi Gold Mine. Sehingga kini, Daerah Bau masih sinonim dengan gelaran Pekan Emas Sarawak atau Gold Town of Sarawak.

Nama asal Bau ialah ‘Ulu Sarawak’ manakala Pekan Bau sendiri adalah Mau San atau Bukit Mau. Dalam bahasa Cina Hakka, Pekan Bau dikenali sebagai Shak Lung Mung bermaksud Pintu Pagar Naga Bukit. Pada suatu ketika dahulu, Sungai Sarawak Kanan merupakan kaedah pengangkutan utama ke Daerah Bau yang mengambil masa satu hari perjalanan menggunakan perahu untuk sampai ke Kuching. Sekarang, kita boleh menggunakan jalan darat kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching ke Daerah Bau.

Daerah Bau mempunyai keluasan lebih kurang 884.4 kilometer persegi dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Daerah ini mempunyai penduduk dari pelbagai kaum yang majoritinya merupakan kaum Bidayuh dengan bilangan penduduk seramai 54,246 orang dan rumah 8,901 pintu dan sebuah daerah yang membangun dengan pesat. Dengan kemudahan infrastruktur yang baik, keseluruhan kampung di daerah ini dapat dihubungi melalui jalan darat.

Thursday 25 October 2012

Pernahkah anda sampai di Kampung Kebudayaan Sarwak.


Kampung budaya ini juga digelari ‘Museum Kehidupan’ dibangun untuk memelihara dan memamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Museum ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32 km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat setempat.

Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai 150 orang penduduk yang memamerkan aktivitas harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktivitas memproses sagu dan menghasilkan kerajinan tangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pengunjung. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan berbagai budaya mereka kepada pengunjung. 
 
Pengunjung juga bisa melihat replika bangunan yang mewakili setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas dimana pengunjung bisa menyaksikan persembahan tarian tradisional berbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kerajinan tangan. Anda juga bisa melangsungkan perkawinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikuti gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. 

Rumah panjang yang terdapat disini mempunyai deretan bilik-bilik yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan untuk aktivitas-aktivitas seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Pengunjung sering dijemput menghadiri kegiatan majelis pada waktu malam dan dihidangkan minuman tuak yang dibuat sendiri oleh penduduk kaum Iban dengan menggunakan beras. Rumah tumpangan yang lengkap juga ada disediakan untuk pengunjung.

Lagu-Puetri Santubong

Selamat mendengar......

Cerita Lagenda- Puteri Santubong

 
Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.


Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.

Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.

Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Thursday 18 October 2012

KEK LAPIS SARAWAK



Kek Lapis adalah salah satu makanan yang popular di Sarawak.
Terdapat ramai pelancong melawat ke Sarawak pasti akan membeli beberapa potong kek lalu
menghadiahi kepada kawan-kawan sebagai oleh-oleh dari Sarawak.


Jangan lupa membeli kek lapis di Dayang Salhah



Yummy..... Jemput cuba rasa........

Wednesday 17 October 2012

Sejarah Kuching

           


          Bahagian Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun.
Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia.  Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2009 dianggarkan sekitar 794 517 orang.

                 Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.

Monday 15 October 2012

Selamat datang ke Sarawak

Ini adalah Klip tentang keindahan dan kecantikan Sarawak. Selamat menonton

Saturday 13 October 2012

Peta Sarawak








                                                      Ini adalah peta Sarawak

                         

Wednesday 10 October 2012

Sunday 7 October 2012

NegeriKu-Sarawak

Hai, kawan-kawan. Saya Cikgu Bong Siew Bui berasal dari Siniawan,Kuching, Sarawak. Mulai ini hari, blog saya akan memperkenalkan kunikan Sarawak dan kecantikan Sarawak yang ada pada di negeri Sarawak.

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.