Tuesday 30 October 2012

Pekan Bau




Sejak tahun 1850an Daerah Bau memang terkenal dengan emas. Pencari emas pada ketika itu terdiri daripada orang Cina dari Sambas, Indonesia dan dibantu oleh orang tempatan dengan menggunakan dulang.
Sejarah terlakar sekitar tahun 1815 apabila penduduk Cina dari Daerah Bau menyerang Bandar Kuching bagi menghalau Rajah Brooke kerana mereka khuatir lombong emas akan diambil alih oleh pemerintah Inggeris. Walaupun berjaya menghalau pemerintah Inggeris namun tiga hari kemudian Rajah Brooke bersama askarnya kembali dan mengalahkan penyerang berkenaan. Pada tahun 1899 Borneo Company milik kerajaan Brooke mula membuka lombong emas yang dikenali sebagai Tai Parit Gold Mine dan Bidi Gold Mine. Sehingga kini, Daerah Bau masih sinonim dengan gelaran Pekan Emas Sarawak atau Gold Town of Sarawak.

Nama asal Bau ialah ‘Ulu Sarawak’ manakala Pekan Bau sendiri adalah Mau San atau Bukit Mau. Dalam bahasa Cina Hakka, Pekan Bau dikenali sebagai Shak Lung Mung bermaksud Pintu Pagar Naga Bukit. Pada suatu ketika dahulu, Sungai Sarawak Kanan merupakan kaedah pengangkutan utama ke Daerah Bau yang mengambil masa satu hari perjalanan menggunakan perahu untuk sampai ke Kuching. Sekarang, kita boleh menggunakan jalan darat kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching ke Daerah Bau.

Daerah Bau mempunyai keluasan lebih kurang 884.4 kilometer persegi dan bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. Daerah ini mempunyai penduduk dari pelbagai kaum yang majoritinya merupakan kaum Bidayuh dengan bilangan penduduk seramai 54,246 orang dan rumah 8,901 pintu dan sebuah daerah yang membangun dengan pesat. Dengan kemudahan infrastruktur yang baik, keseluruhan kampung di daerah ini dapat dihubungi melalui jalan darat.

4 comments:

  1. Kampung kesayangan saya. Tempat saya dilahirkan. Sebuah pekan yang semakin berkembang dengan pesat.Penduduknya kebanyakan Cina, Bidayuh dan Melayu, tapi hidup dalam suasana yang aman dan damai. Destinasi pelancongan yang terkenal: Gua angin, Tasik biru, Pasar Serikin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Janet ini orang Bau,Sila buat peneragan yang lebih terinci lagi untuk kawan-kawan lain.

      Delete
  2. satu blog yang sangat menarik dan bermanfaat kepada sesiapa yang ingin mengetahui lanjut tentang sejarah di Malaysia

    ReplyDelete