Wednesday 17 October 2012

Sejarah Kuching

           


          Bahagian Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun.
Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia.  Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2009 dianggarkan sekitar 794 517 orang.

                 Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.

4 comments:

  1. Kuching...bandaraya yang kian maju dan penuh dengan sejarah. Setahu saya, nama Kuching berasal dari nama pokok kucing yang banyak didapati di tebing sungai Sarawak pada zaman dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila kunjungilah ke Kuching,saudari akan mendapat banyak maklumat lagi.

      Delete