Friday 2 November 2012

Sejarah Bandar raya Bintulu


                      
Bahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak terletak di Sarawak yang menghadap Laut China Selatan di baratnya. Bandaraya Bintulu membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak setelah diiktiraf sebagai bandaraya. Ia terletak 650 km dari Bandar Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2.
Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai bandar antarabangsa.

Sebuah loji pemproses gas asli iaitu, Malaysia LNG Sdn Bhd telah dibina di Bintulu. Ia menjadi pengalak kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan.

Pelabuhan Bintulu di bandar Tanjung Kidurong turut dibina dan berkembang maju. Tanjung Kidurong dahulunya ialah sebuah hutan rimba yang terkenal sebagai tempat perburuan rusa. Pelabuhan ini bersebelahan dengan loji MLNG. Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 1981 bagi melicinkan pembinaan pelabuhan serta bertanggungjawab dalam pengendalian dan penjagaan pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan mengikut jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.

Terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja urea dan lain-lain kepada petani-petani di Malaysia dan juga di negara-negara ASEAN.

Kampus Universiti Pertanian Malaysia turut dibina. Kini ia dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. UPM Kampus Bintulu ini bukanlah suatu nama baru sebagai destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Kampus ini diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa.

Pada masa kini, terdapat lebih daripada 8 buah sekolah menengah dan 50 buah sekolah rendah di Bintulu. Di antara sekolah-sekolah menengah tersebut, SMK Bintulu merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan Enam. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan-peperiksaan umum.

bandaraya Bintulu turut mempunyai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa, iaitu lapangan Terbang Bintulu yang terletak 23 kilometer dari pusat bandar. Lapangan terbang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2600 meter yang mampu menerima Airbus A330 mendarat. Lapangan terbang ini turut mengendalikan penerbangan ke beberapa destinasi luar negara seperti Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang baru ini.

Bandaraya Bintulu juga mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi yang baik. Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, 32 gelanggang tenis, 8 buah gelanggang skuash, 16 buah gelanggang bola keranjang, 25 buah gelanggang sepak takraw, 14 buah padang bola sepak, 4 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah padang hoki.

Selain daripada kemudahan-kemudahan tersebut, Bintulu juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang Lembaga Kemajuan Bintulu berdekatan Dewan Suarah, sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong.

Padang Golf 18-lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang mencabar bahkan mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri di situ sebagai pusat operasinya.

Kebanyakan pelancong akan singgah di Bintulu sebelum berkunjung ke Taman Negara Niah atau Taman Negara Similajau.

22 comments:

  1. bagusnya,maklumat ini telah membantu saya mengenali Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tew kerana sudi mengenali negeri Sarawak.

      Delete
  2. saya pernah melawat Bintulu, maklumat guru membantu saya mengingat kembali saat-saat yang gembira, terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.Saya juga ada ramai kawan di Bintulu.Saya akan melawat ke Bintulu pada cuti sekolah tahun depan.

      Delete
  3. Maklumat yang sangat berfaedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog cikgu juga mempunyai banyak maklumat yang sesuai untuk p&p.

      Delete
  4. Penjelasan yang jelas.nice

    ReplyDelete
  5. Banyak informasi ttg negeri Sarawak. Saya baru menjejaki kaki di Lawas. Klu ada peluang ingin rasanya melawat seluruh n.Sarawak. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa cikgu sila kunjungilah ke Kuching.Saya sedia menunggu cikgu.

      Delete
  6. thanks for give the good notes.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Blog cikgu juga canggih dan sesuai untuk anak murid sekolah.

      Delete
  8. Maklumat yang padat dan jelas. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.Cikgu juga telah banyak berkongsi maklumat dengan saya.

      Delete
  9. Replies
    1. Saya berharap melalui penerangan ini,Cikgu telah mengenali Sarawak.

      Delete
  10. thank you for the info and i really enjoy the song :)

    ReplyDelete