Friday, 2 November 2012

Sejarah Bandaraya Miri


                         

Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan gas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di bandar Miri. Semenjak itu, Daerah Miri terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri pada abad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini.
Bandaraya ini terletak di bahagian Utara Sarawak, dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei Darussalam. Keluasan bandaraya Miri ialah 977.43 km persegi. Ia mempunyai kira-kira 250 ribu orang penduduk terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melayu, Melanau, India, Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan, Bidayuh, Kedayan , Lun Bawang/Lun Dayeh dan lain-lain lagi.
Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar Miri semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Hal ini menjadikan Miri sebagai salah satu tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri keindahannya. Mencari gali minyak masih diteruskan tetapi lebih tertumpu di persisiran pantai Miri.

18 comments:

  1. Replies
    1. Bandar Miri merupakan bandar yang kaya dengan minyak petrolium.

      Delete
  2. Replies
    1. Silakan Cikgu.Saya akan menunggu saudari di Bandar Miri.

      Delete
  3. Well done!Memberi peluang kepada kita mengenal lebig mendalam bandar Miri.Amat menghargai usaha anda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bandar Miri merupakan bandar yang cantik.

      Delete
  4. Tempat saya selalu pergi dahulu kerana mengajar di Long Lama. A very nice place to visit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bandar Miri juga banyak memberi kenangan manis dalam hidup saya.Tetapi tidak sempat mengunjugi ke Long lama.

      Delete
  5. dah lama tak pergi ke miri, khasnya MPS,Miri。

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Jee,kawan maktab semester dengan saya,memberi Cogan kata; MPS ialah Masuk Pasti Sakit.Ini kerana kami mesti akan jatuh sakit semasa mengikuti kursus KDC.

      Delete
  6. Woow...teringat 3 tahun lepas berhijrah ke Miri...Blog yang memaparkan info fan maklumat untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih,Cikgu Normah.Jika terdapat kekurangan dalam blog saya,silalah beri tunjuk ajar.

      Delete
  7. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi maklumat merupakan salah satu jalan belajar.

      Delete
  8. Banyak maklumat disediakan, syabas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog cikgu juga padat dengan maklumat dan canggih.

      Delete