Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan gas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di bandar Miri. Semenjak itu, Daerah Miri terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri pada abad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini.
Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar Miri semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Hal ini menjadikan Miri sebagai salah satu tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri keindahannya. Mencari gali minyak masih diteruskan tetapi lebih tertumpu di persisiran pantai Miri.
penjelasan yang menarik!
ReplyDeleteBandar Miri merupakan bandar yang kaya dengan minyak petrolium.
Deletetringin nak pergi sana...
ReplyDeleteSilakan Cikgu.Saya akan menunggu saudari di Bandar Miri.
DeleteWell done!Memberi peluang kepada kita mengenal lebig mendalam bandar Miri.Amat menghargai usaha anda!
ReplyDeletebandar Miri merupakan bandar yang cantik.
DeleteTempat saya selalu pergi dahulu kerana mengajar di Long Lama. A very nice place to visit.
ReplyDeleteBandar Miri juga banyak memberi kenangan manis dalam hidup saya.Tetapi tidak sempat mengunjugi ke Long lama.
Deletedah lama tak pergi ke miri, khasnya MPS,Miri。
ReplyDeleteCikgu Jee,kawan maktab semester dengan saya,memberi Cogan kata; MPS ialah Masuk Pasti Sakit.Ini kerana kami mesti akan jatuh sakit semasa mengikuti kursus KDC.
DeleteWoow...teringat 3 tahun lepas berhijrah ke Miri...Blog yang memaparkan info fan maklumat untuk semua.
ReplyDeleteTerima kasih,Cikgu Normah.Jika terdapat kekurangan dalam blog saya,silalah beri tunjuk ajar.
DeleteNice blog!
ReplyDeleteThanks,i will keep it up.
DeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.
ReplyDeleteKongsi maklumat merupakan salah satu jalan belajar.
DeleteBlog cikgu juga padat dengan maklumat dan canggih.
ReplyDelete